Malaysia buka pengambilan 15 negara lepas Indonesia beku pekerja
  • 2 years ago
Malaysia akan membuka pengambilan pekerja asing dari 15 negara untuk diambil bekerja dalam tiga sektor ekonomi utama – pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Keputusan ini dibuat lima hari selepas Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas pekerjanya ke Malaysia, berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam MoU pekerja domestik di antara kedua-dua negara.

Menurut laman web KDN selain Indonesia, 14 negara sumber ialah India, Thailand, Cambodia, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Philippines, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Turkmenistan, Uzbekistan, Indonesia and Kazakhstan.

Sumber: https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/videos/1796370710725199