Kerajaan longgar syarat pengambilan pekerja asing, tingkat pengeluaran topeng muka

  • 4 years ago
Kabinet melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun memberi kelonggaran pengambilan lebih ramai pekerja asing untuk penghasilan lebih banyak topeng muka.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail ini sebelum ini permintaan tinggi hanya dibuat oleh sektor perubatan dan sewaktu kejadian jerebu.

Oleh kerana permintaan meningkat secara mendadak, pengilang terpaksa melakukan syif 24 jam dan memerlukan lebih ramai pekerja bagi memenuhi permintaan tersebut.