DBKL tukar arahan pakai topeng muka, dari 'mesti' ke 'digalakkan'
  • 4 years ago
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menukar arahannya yang mensyaratkan orang ramai mesti memakai penutup mulut dan hidung sekiranya ingin memasuki pasaraya, kedai runcit, restoran dan pasar awam/swasta yang di bawah bidang kuasanya.

Notis arahan pematuhan baru yang dimuat naik di laman Facebook DBKL kini mengatakan orang ramai "digalakkan" memakai penutup apabila di premis ini.