69 peratus topeng muka sudah diagihkan - Ismail Sabri
  • 4 years ago
Kerajaan mengumumkan telah mengagihkan sebanyak 23.4 juta topeng muka percuma kepada rakyat iaitu 69 peratus daripada 32.4 juta oleh pejabat-pejabat daerah.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi setiap isi rumah empat keping topeng muka secara percuma.

"Baki sembilan juta topeng muka dalam proses agihan dan dijangka selesai diedarkan minggu ini.