Kunjungan Negara | PM tiba di Jakarta, berdepan jadual padat
  • tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual memulakan lawatan negara dua hari ke Jakarta, Indonesia.

Perdana Menteri berhadapan dengan jadual padat sempena lawatan sulung ke ke luar negara selaku Perdana Menteri.

Antaranya pertemuan dengan Presiden Joko Widodo di Istana Bogor pertemuan dengan Diaspora Malaysia di Jakarta.

Anwar juga dijadual memberikan syarahan perdana bertajuk hubungan strategik Malaysia - Indonesia serta bakal ditemu bual secara eksklusif CNN Indonesia.

Laporan lanjut, bersama Shafizan Johari di hadapan Istana Merdeka, Jakarta Indonesia.