Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6/25/2025
Kalau anda tengah cari idea kudapan mudah, cepat & padu, anda kena try resipi Tuna Puff Homemade ni! Luar rangup, dalam pula creamy dengan tuna cili, cream cheese & yogurt. Gabungan rasa pedas, masam, berlemak yang confirm buat repeat makan!

TUNA PUFF

Bahan-bahan:

Puff pastri
Kuning telur | disapu di atas puff pastri
Bijan

Bahan-bahan Inti:

1 tin tuna cili
100gm cream cheese
2 sudu besar yogurt
1 biji bawang besar | dipotong dadu
4 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Daun dill | dihiris

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #tunapuff #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Tunang Puff, kudapan versi mudah tapi mewah, rangup di luar, lemak pedas di dalam.
00:05Mula-mula, letakkan puff pastry di atas dulu lampu bakar.
00:09Kemudian, lipat kepada dua bahagian menjadi tiga segi.
00:12Sampukkan kuning telur dan taburkan bijan untuk menaikkan lagi seri puff pastry kita tu.
00:19Bakar di dalam oven pada suhu 200 derajat celcius selama 15 minit atau mengikut oven masing-masing.
00:26Sementara kita nak tunggu puff pastry kita masak, jom kita buat inti.
00:29Campurkan tuna, cream cheese, yoghurt, bawang besar, bawang putih, lada hitam, garam dan hirisan daun dill dalam mangkuk.
00:38Kita guna daun dill sebab nak bagi aroma yang sedap kepada kita punya inti tu lah.
00:42Gaul sebati.
00:46Ok, dah siap inti kita. Boleh masukkan inti ke dalam piping bag supaya mudah kita nak letak inti dalam pastry nanti.
00:54Ok, puff pastry kita pun nampak dah kembang elok tu.
00:57Bolehlah kita belah tengah dan pipekan inti kat bahagian tengah tu.
01:01Nak lagi cantik, boleh taburkan daun dill di atasnya.
01:05Tuna puff kita dah siap.
01:07Sesuai sangat untuk hidangan minum petang.
01:09Jangan lupa share. Selamat mencuba.
01:10Ingat makan, ingat rasa.
01:12Terima kasih kerana menonton!

Recommended