Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Stir Fried Egg Tofu ni, rangup di luar, lembut di dalam. Sekali rasa, confirm ulang-ulang! 😋 Sesuai untuk lunch dan dinner.

STIR FRIED EGG TOFU

Bahan-bahan:

2 pek tauhu telur
Tepung jagung secukupnya | untuk salut telur
200gm ayam cincang
4 ulas bawang putih | dicincang
Cili padi | dihiris
1 sudu besar minyak bijan
2-3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar kicap manis
Lada sulah secukupnya
1 sudu besar gula
Sedikit garam
Air bancuhan tepung jagung (1 sudu besar tepung, air suku cawan)
Hirisan daun sup

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #stirfriedeggtofu #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Jom kita masak stir fry egg tofu yang simple, pedas dan padu.
00:04Mula-mula kita potong tahu telur dan salutkan dengan tepung jagung.
00:08Sebab apa kena salut dengan tepung jagung?
00:10Sebab nak bagi tahu telur kita crunchy.
00:12Lepas tu panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keperangan.
00:18Dah garing, angkat dan tuskan.
00:22Ok dalam kuali yang sama, kurangkan minyak sikit, masukkan ayam cincang.
00:26Bila ayam dah masak elok, boleh masukkan bawang putih dan cili padi.
00:31Bau dia waktu nempa, memang wangi satu dapur.
00:34Ok sekarang untuk masukkan perasa.
00:36Kita masukkan minyak bijan, sos tiram, kicap manis dan sedikit lada sulah.
00:41Kemudian kita gaul hingga sebati.
00:44Seterusnya kita masukkan banjuan air tepung jagung supaya puah kita jadi likat dan padu.
00:49Kemudian bolehlah tambahkan sedikit garam dan gula untuk semakan rasa.
00:53Boleh juga tambah sebok perasa dan gaul sebati.
00:57Seterusnya masukkan balik tahu yang kita dah goreng tadi, gaul perlahan biar mesra.
01:02Last sekali taburkan daun sup.
01:05Ok dah siap untuk dihidang.
01:07Makan panas-panas dengan nasi putih, confirm licin pinggan.
01:11Selamat mencuba.
01:12Ingat makan, ingat rasa.
01:13Terima kasih kerana menonton!
01:16Terima kasih kerana menonton!
01:16Terima kasih kerana menonton!