Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6/20/2025
Ayam juicy diperap dengan bawang putih, mayonis dan lemon, dibakar sempurna dan disalut dengan sos butter lemon yang berkilat dan berlemak! Sekali rasa, asyik nak lagi! 😍

💡 Tips Chef: Perap semalaman untuk rasa yang lebih meresap. Sesuai gila dengan nasi mentega, salad atau pita!
💬 Tag geng masak-masak korang & save resipi ni sekarang! 👇

🧺 Bahan-Bahan
🐔 Untuk perapan ayam:
4 ketul chicken chop (buang tulang, potong dadu sederhana)
8 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk cili
1/2 cawan mayonis
Garam secukup rasa
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1/2 cawan minyak masak

🧈 Untuk sos lemon butter:
1 blok Anchor Salted Pure Butter
1 sudu makan daun parsley cincang (segar/kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk cili
1/2 biji lemon (jus sahaja)

🍳 Cara Penyediaan

1. Perap Ayam
Potong ayam kepada saiz dadu sederhana.
Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam dengan bawang putih, oregano, lada hitam, serbuk cili, mayonis, garam, jus lemon dan minyak masak.
Perap selama 30 minit minimum atau semalaman dalam peti sejuk.

2. Sediakan Sos Lemon Butter
Cairkan 1 blok butter dengan api perlahan.
Masukkan parsley, lada hitam, serbuk cili dan jus lemon.
Kacau rata dan ketepikan untuk salutan ayam.

3. Cucuk & Bakar
Cucuk ayam ke dalam lidi sate/skewer.
Bakar dalam oven pada suhu 200°C selama 20 minit.
Sapu sos lemon butter semasa proses membakar untuk rasa lebih mantap dan berkilat.

4. Hidangan Akhir
Setelah masak, sapu sekali lagi dengan sos lemon butter.
Tabur parsley dan perah sedikit jus lemon segar.
Hidang panas bersama nasi mentega, salad segar atau roti pita. Selamat mencuba! 😁

#majalahrasa #rasashare #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa #ayambakar #masaksimple #butterlemonchicken
Transcript
00:00Hari ni kita nak buat ayam bakar butter lemon.
00:03Yalah kan kalau orang yang tak makan isi ayam tu,
00:05boleh bagi dia cuba mana tahu dia suka lepas ni.
00:07Mula-mula cincang dulu bawang putih, bagi halus macam ni.
00:10Sebab apa? Kita nak masukkanlah chicken chop.
00:12Chicken chop ni aku pakai empat ketul.
00:13Nak buat lebih pun boleh.
00:15Lepas tu masukkanlah bahan-bahan ni,
00:17sebut oregano, cili, mayonis.
00:20Lepas tu garam sikit, peras sikit air lemon.
00:24Lepas tu kita gaul bagi sebati, dah campur aduk.
00:27Nak perap sekejap setengah jam pun boleh.
00:29sebelum kita cocok dengan lidi.
00:30Kalau tak nak cocok dengan lidi pun tak apa.
00:32Ada yang cocok bersih tu pakai.
00:34Tak nak pakai cocok.
00:35Nak bakar atas pan macam biasa pun boleh silakan.
00:38Mana-mana yang selesa.
00:39Ini aku sapulah sikit pelantar ataupun margarin
00:42ataupun butter dekat grill tu sebab kita tak nak melekat.
00:45Tu susunlah ayam kita macam ni kan.
00:48Lepas tu masukkanlah dalam oven.
00:49Macam aku pakai dalam oven.
00:51Dalam oven suhu dia 200, 20 minit.
00:53Selepas ni kita nak buat calik sos dekat ayam tu nanti.
00:56Inilah bahan-bahan dia.
00:57kita masuk, campur, aduk semua.
00:59Peras sikit air lemon.
01:01Kita aduk kacau rata sampai dia jadi macam mana.
01:04Jadi macam ni.
01:05Dah siap gaul semua.
01:07Kita buat keluar ayam kita.
01:07Kita sapulah tengok tu.
01:09Ya Allah boleh leleh-leleh butter dekat ayam tu kan.
01:11Haa sedap tau.
01:14Lepas kita dah calik dia.
01:16Kita masukkan balik.
01:17Ni kita keluarkan kali kedua je.
01:18Kita nak calik lagi butter yang kita buat tadi tu kan.
01:22Butter tu boleh makan dengan roti.
01:23Makan dengan apa pun boleh.
01:24Haa dah siap.
01:25Sesuai makan rata.
01:26Sesuai makan dengan nasi putih.
01:28Memang sedap.
01:29Ingat makan, ingat rasa.
01:30ketika ke site.
01:36Terima kasih.

Recommended