Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/28/2025
Nak sarapan atau minum petang yang cepat tapi power? Jom cuba Shrimp Roll ni!

Cara buat:
1️⃣ Tumis bawang Holland + udang dengan mentega sampai naik bau wangi. Tambah garlic powder, serbuk cili & garam, kacau rata. Tabur daun bawang.
2️⃣ Gril roti sosej yang dipotong dengan mentega sampai rangup keemasan.
3️⃣ Gaul udang tadi dengan mayonis, sos pasta & perahan lemon sampai sebati.
4️⃣ Isi roti rangup dengan udang bersos. Siap untuk dinikmati!

Sedap dimakan panas atau sejuk, memang ngam buat kudapan santai!

#resepi #resipi #Recipe #majalahrasa #rasashare #shrimprollsandwich #sandwich #ingatmakaningatrasa #shrimproll #SandwichSedap #ResipiMudah #SarapanPower #foodiemalaysia
Transcript
00:00Alohai, alohai, alohai. Hari ni kita nak buat Shrimp Roll Sandwich.
00:04Mudah sahaja, sedap makan petang-petang.
00:06Tunggu apa lagi? Jom buat.
00:07Potong dadu dahulu, bawang holland dan juga daun bawang.
00:11Kemudian panaskan kuali, kita masukkan butter.
00:14Sebab kita nak tumis bawang holland tu dengan butter,
00:17tumislah sehingga dia naik bau wangi.
00:20Kemudian kita masuk kita punya hero iaitu udang.
00:23Udang ni buat lebih pun boleh.
00:25Sebab apa? Sedap, nanti makan tak cukup.
00:27Kemudian kita masukkan serbuk bawang putih,
00:31serbuk cili dan juga garam sedikitlah.
00:34Dan kita masak.
00:36Berahul bagi rata.
00:37Bila dah macam ni sikit.
00:39Dan kita masukkan daun bawang untuk bagi dia lagi cantik.
00:43Masak sekejap.
00:44Ketepikan untuk kita buat sos dia iaitu kita perlukan mayonis,
00:48sos pasta dan juga air perahan lemon.
00:53Untuk ada rasa masam-masam pedas tu kan.
00:56Dan kacau bagi sebati macam ni.
00:59Kemudian kita panaskan pan.
01:01Kita masak roti sosej ataupun geril roti sosej kita ni.
01:05Macam saya, saya suka geril roti sosej ni dengan mentega.
01:08Nak lagi sedap, potong mentega lah kecil-kecil tu.
01:11Masukkan dalam kuali.
01:13Biar dia macam goreng dengan roti sosej tu.
01:16Rasa dia memang best.
01:17Ranguk.
01:18Lepas tu rasa masing-masing mentega tu.
01:20Sedapnya.
01:21Bila roti sosej kita dah bertukar warna gul macam ni,
01:24bolehlah kita masukkan inti dia yang udang yang kita buat tadi tu.
01:28Masuklah berapa ikut nak kan.
01:30Kepir macam ni.
01:31Taburkan sedikit daun bawang.
01:33Bagi cantik gitu.
01:34Inilah hasil dia.
01:35Makan pertama-tama rebut.
01:37MasyaAllah.
01:38Sedap betul.
01:39Ingat makan.
01:40Ingat rasa.
01:40Terima kasih kerana menonton!

Recommended