00:30Rafizi berkata meninggalkan Kabinet akan memberi kelegaan kepadanya kerana ia memberi lebih masa serta kebebasan untuk bersuara mengenai pelbagai isu.
00:40Beliau turut menyatakan ia akan memberinya peluang untuk menumpukan perhatian kepada tanggungjawabnya sebagai ahli Parlimen Pandan serta membantu PKR bersiap sedia menghadapi PRU-16.
00:52Syazah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata kenyataan Rafizi itu mungkin menunjukkan beliau tidak terlalu mementingkan jawatan menteri.
01:04Namun Syazah mempersoalkan masa kenyataan itu dibuat iaitu menjelang pemilihan parti yang seolah-olah menjadikannya seperti seorang yang berkecil hati.
01:15Azmi pula berkata Rafizi mungkin cuba meraih undi simpati daripada perwakilan PKR.