00:00PENGANALISIS POLITIK Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata beliau tidak pasti sama ada kekalahan calon timbalan Presiden PKR cenderung disokong Anwar sebelum ini adalah kebetulan atau sudah dirancang.
00:15Bagaimanapun katanya ada banyak kemungkinan dan antaranya kemenangan Azmin Ali menentang Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli sebelum ini adalah kerana beliau dahulunya sangat menjaga akar umbi dan mempunyai pengaruh kuat dalam parti.
00:30Pada tahun 2022 pula Saifuddin sekali lagi kalah peributan jawatan itu kepada Rafizi walaupun Anwar juga dilihat cenderung menyokong bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu.
00:41Namun Mazlan berkata pertarungan Rafizi dan Nurul Izzah dilihat berbeza kerana di atas kertas anak kepada Anwar itu dilihat mempunyai kelebihan berdasarkan sokongan 2 per 3 cabang PKR.
00:54Sementara itu Taufik Yaakob dari Universiti Melayu berkata kekalahan calon timbalan Presiden Cenderung disokong Anwar tidak boleh digunapakai pada pemilihan kali ini.
01:05Beliau berpandangan Nurul Izzah mempunyai pakej lengkap iaitu pemimpin yang berakar umbi setia sejak 1998 dan tidak pernah sesekali merajuk atau patah hati atau bercuti daripada perjuangan parti.