00:00Keputusan Ahmad Samsuri Mokhtar untuk tidak mempertahankan jawatan yang di Petua PAS Marang dilihat sebagai langkah taktikal ke arah merebut jawatan lebih tinggi dalam hariki parti, kata fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan.
00:14Beliau menambah tindakan Samsuri melepaskan jawatan yang telah lama dipegang itu bukan sekadar untuk memberi nafas baharu kepada PAS Marang, sebaliknya mungkin petanda awal terhadap cita-cita politik lebih besar menjelang PRU-16.
00:30Semalam media melaporkan Samsuri mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan itu yang dipegangnya sejak 2019.
00:38Bagaimanapun Syazah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berpendapat keputusan Samsuri itu mungkin berkait rapat dengan percaturan politik dalaman PAS sendiri.
00:49Syazah berkata ia juga boleh ditafsirkan sebagai reaksi kepada ketidakselesaan sesetengah pihak dalam parti PAS terhadap kedudukan Samsuri dan tidak menolak kemungkinan Samsuri juga tidak mempertahankan jawatan naib Presiden PAS.