00:00Muhyiddin Yassin berkata, beliau masih berpegang pada konsensus Parti Komponen Perikatan Nasional, khususnya pandangan Presiden PAS Hadi Awang agar beliau terus menjadi pengurusi gabungan itu.
00:14Presiden Bersatu itu malah berkata, beliau ada menawarkan untuk PAS mengambil alih teraju PN, tetapi parti itu menolak.
00:22Sebelum ini dilaporkan bahawa PAS mencadangkan penstrukturan semula PN bagi memberikan timbalan Presiden Bersatu merangkap Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin lebih kuasa.
00:32Di bawah pelan itu, satu jawatan kuasa eksekutif yang diketuai oleh Hamzah akan menguruskan hal-ewal harian gabungan tersebut, manakala Presiden Bersatu, Gerakan dan Kongres India Muslim Malaysia akan mengekalkan peranan mereka dalam majlis tertinggi PN.
00:49Pada November lalu, Moshidul Ampas Hashim Jassim berkata bahawa PAS sepatutnya memimpin PN berdasarkan kekuatan Parlimen dan jentera akar umbinya.
00:59PAS memenangi 43 kursi Parlimen pada PRU 15, jumlah tertinggi yang dimenangi oleh mana-mana parti dan memainkan peranan penting dalam memastikan jumlah keseluruhan 74 kursi bagi PN.