Sebagai ibu, kita tak boleh jangka bila kemalangan akan berlaku—anak jatuh, luka kecil, atau demam tiba-tiba. Tapi satu perkara yang kita boleh kawal ialah persediaan kita. First aid kit bukan sekadar alat bantu kecemasan, ia adalah ‘penyelamat’ yang boleh buat beza besar dalam situasi genting. Ibu yang bijak sentiasa bersedia, sama ada di rumah mahupun semasa keluar berjalan.
Dalam video kali ini Dr. Nisa Khalil, Pakar Kanak-kanak dari Parkcity Medical Centre nak tunjuk apa barang penting yang wajib ada dalam dua jenis first aid kit—versi di rumah dan travel edition.
Jangan risau kalau tak pasti nak mula dari mana, Dr. Nisa akan tunjuk satu per satu supaya kita semua lebih bersedia dan yakin bila kecemasan berlaku!