Highlight PAMA CUTI SEKOLAH

  • 13 hari lalu
Kalau nak beri pendedahan kepada anak dan biasakan mereka untuk bersosial, biarlah dari kecil. Cara paling fun dan mudah untuk buat mereka lebih berkeyakinan dan mampu menyerlahkan potensi sebenar mereka adalah dengan menyertai program untuk kanak-kanak. Waktu inilah, kita dapat lihat segala bakat yang ada dan anak-anak pun seronok untuk berdepan dengan ramai orang.

Grup Family & Parenting telah mengadakan Cuti Sekolah Fest 2024 sekitar bulan Februari yang lepas di KSL Esplanade Mall, Klang dengan pelbagai aktiviti. Antaranya adalah Himpunan Cita-Cita Sukan, Baby Merangkak Race Pa&Ma X Meracle, pertandingan mewarna serta banyak lagi. Ternyata, semua aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan dan kesemua peserta membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Terima kasih kepada semua yang menyokong Cuti Sekolah Fest 2024 ini, ada rezeki kita jumpa lagi di masa akan datang!

#CutiSekolahFest2024
#KSLEsplanadeMall
#Meracle