DNB dan 1MDB perkara berbeza, Timb. Menteri Kewangan II jawab Anwar
  • 2 years ago
Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa memberi jaminan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) yang bertanggungjawab terhadap pelancaran rangkaian 5G di negara ini sama sekali berbeza dengan 1MDB.

Dia menjawab soalan ketua pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang memberi amaran bahawa DNB boleh berakhir seperti 1MDB kerana kelulusan pelancaran rangkaian 5G di bawah DNB 'diselubungi rahsia'.