Kenaikan OPR tidak beri kesan ketara pada B40 - Timb Menteri
  • 2 years ago
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang ditetapkan Bank Negara Malaysia secara berperingkat tidak memberi kesan yang ketara kepada golongan B40, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah.

Bercakap di Dewan Negara hari ini, Shahar berkata ini kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap iaitu kebanyakannya bagi pinjaman pembelian kenderaan dan pembiayaan peribadi.