Timb Menteri tempelak MP pembangkang, 'Ini polisi k'jaan BN dulu'
  • 6 years ago
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen menempelak Ahli Parlimen Parit Sulong dari BN, Datuk Dr Noraini Ahmad kerana hanya menimbulkan isu sijil halal berkaitan kilang penapisan gula hanya setelah kerajaan bertukar tangan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

Ia berikutan soalan tambahan dari Noraini yang ingin tahu bagaimana kementerian dapat memastikan kualiti dan kebersihan gula mentah terjamin memandangkan syarikat pengimport tidak perlu mendapatkan sijil halal.

Bagaimanapun Chong berkata kementerian akan mengkaji cadangan untuk memastikan kilang penapisan gula mendapat sijil halal.

"Pada masa ini, ada lima kilang yang mengimport dan menapis gula mentah yang diimport dan mereka telah melakukannya selama berdekad-dekad, tetapi masalah sama ada kilang ada sijil halal tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

Hanya sekarang ia ditimbul, kita akan kaji perkara ini kerana ini polisi kerajaan BN tetapi semasa BN tidak timbul langsung sama ada gula import halal atau tidak, tiba-tiba bila bertukar kerajaan baharu soalan timbul, jadi kita akan kaji," katanya menjawab di Parlimen.
Recommended