Polis siasat Timb Ketua Menteri Pulau Pinang hal LTTE sejak 2013
  • 5 years ago
Polis akan melaksanakan siasatan lebih luas terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurutnya, polis akan menyiasat dari pelbagai sudut sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang boleh mengaitkan Ramasamy dengan kumpulan LTTE.

"Sebenarnya aduan berkaitan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah diterima dan disiasat polis pada tahun 2013 di mana kertas siasatan sudah diangkat dan diserahkan kepada Peguam Negara.

"Dalam kes lama pemimpin berkenaan dalam alasan pembelaan diri sewaktu disoal siasat menyatakan beliau menyokong perjuangan kebebasan.

"Selain video menunjukkan kaitan pemimpin itu dengan LTTE, (Ramasamy) turut mempunyai video menyokong pembebasan wilayah Acheh di samping mendakwa menyokong kebebasan puak minoriti Islam di selatan Filipina," katanya pada sidang media di Dewan Karangkraf di sini hari ini.