'Duduk sini tak tanya soalan buat apa' - MP pembangkang minta lanjut penggulungan Menteri Kesihatan
  • 3 years ago
Ahli parlimen pembangkang memohon lanjutan had masa 20 minit bagi sesi soal jawab Menteri Kesihatan Adham Baba dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021).

Perkara itu mula dibangkitkan oleh Hannah Yeoh (DAP-Segambut) dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain menyatakan sokongan terhadap Hannah dan menggesa Timbalan Yang Dipetua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon memberi kelonggaran terhadap peraturan tersebut.

Jelas Hannah, ini memandangkan negara dilanda peningkatan kes Covid-19 justeru pelbagai soalan ingin ditanyakan kepada menteri tersebut.