Pembangkang- Kenapa kami sahaja kena duduk di galeri awam
  • 4 years ago
Isu kedudukan tempat duduk baharu Ahli Parlimen dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila segelintir wakil rakyat pembangkang melontarkan rasa tidak puas hati mengenai kedudukan baharu yang disifatkan tidak selesa dan menyusahkan pergerakan di dalam dewan.

RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) meminta penjelasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengenai penetapan tempat duduk baharu sebelum sesi perbahasan bermula.

Bagaimanapun, Azhar menegaskan beliau tiada niat untuk mengekang Ahli Parlimen untuk berbahas serta memaklumkan penetapan kedudukan baharu itu hanya sebagai tempoh percubaan dan akan ditukar semula dengan persetujuan parti whip.
Recommended