Guru enggan divaksin selepas 1 Nov akan dipindah - Timb. menteri
  • 3 years ago
Timbalan Menteri Pendidikan I, Mah Hang Soon berkata guru yang belum mengambil suntikan vaksin Covid-19, perlu divaksin sebelum 1 November ini selaras dengan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan itu.

Katanya, jika guru enggan divaksin tanpa pengecualian pegawai perubatan kerajaan akan dipindahkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka murid tidak tergugat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan ahli parlimen Jempol Mohd Salim Mohd Sharif di Dewan Rakyat, hari ini.
Recommended