Aksi Peguam Negara berjoget dengan Menteri selepas tamat sambutan Merdeka
  • 8 years ago
Sebuah video yang dimuat naik Otai BERSIH di Facebook memaparkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berjoget dengan beberapa orang Menteri kanan selepas tamat sambutan Hari Merdeka ke-59 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu.

Antara yang berjoget bersama Apandi adalah Menteri Komunikasi dan Media, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri.
Recommended