PKP dilanjut hingga Ramadan? Tunggu selepas minggu pertama April akan umum
  • 4 years ago
Keputusan sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga bulan Ramadan hanya dapat diputuskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti trend atau situasi semasa kes Covid-19, selepas minggu pertama April.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, buat masa ini adalah terlalu awal untuk pihak KKM membuat keputusan mengenainya memandangkan PKP Fasa 1 masih belum tamat.

Kerajaan minggu lalu mengumumkan untuk melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April.

"Kita hanya boleh tahu selepas minggu pertama April. Kalau kita dapat meratakan graf (flatten the curve), kalau tiada peningkatan mendadak, barulah selamat untuk buat keputusan. Sekarang ini masih awal lagi untuk buat kesimpulan," katanya pada sidang media pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga Ramadan yang berbaki hanya kurang sebulan sahaja lagi daripada sekarang.
Recommended