'PKP perlu dilaksanakan 2 minggu atau maksimum 4 minggu' - KP Kesihatan
  • 3 years ago
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan selama dua minggu atau maksimum empat minggu bagi mengurangkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sebelum ini bermula pada 14 Oktober lalu tidak bersesuaian berikutan kes Covid-19 di negara ini masih mencatatkan peningkatan.

Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata, rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan sekiranya semua pihak mematuhi segala peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dalam tempoh PKP selama dua minggu ini.