Sistem kesihatan tertekan, KKM pertimbang laksana PKP bersasar
  • 3 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disasarkan berikutan sistem kesihatan tertekan akibat kes empat digit setiap hari.

Perlaksanaan PKP bersasar merupakan satu daripada enam strategi KKM susulan peningkatan kes selepas kelonggaran merentas daerah dan negeri.

Antara strategi lain yang dipertimbangkan adalah untuk meningkatkan semula kawalan sempadan daerah dan negeri seperti yang dilakukan di Sarawak sebelum ini.