KKM sambut baik tindakan tegas MKN kepada pesalah PKP
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak Kementerian Kesihatan menyambut baik dengan tindakan tegas pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah mengambil keputusan tegas kepada pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"KKM menyambut baik keputusan pihak MKN agar tindakan lebih tegas diambil atas ketidakpatuhan segelintir masyarakat."

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, kerajaan berkata tiada lagi kompaun RM1,000 akan dikeluarkan kepada pesalah PKP.

Namun mereka akan didakwa di mahkamah sekiranya didapati ingkar PKP.