Tindakan tegas jika sembunyi suspek Covid-19

  • 4 years ago
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin memberikan amaran supaya orang ramai tidak melindungi individu yang mungkin berkait dengan kluster jangkitan Covid-19.

"Tindakan tegas" akan diambil terhadap pihak yang berbuat demikian, jelasnya.

Sebagai contohnya, Hamzah berkata seseorang itu mungkin berhadapan tindakan undang-undang jika gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai anggota keluarga yang hadir perhimpunan Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur bulan lalu tetapi enggan menjalani pemeriksaan saringan jangkitan Covid-19.

Menurut menteri lagi, pihak keluarga yang memiliki maklumat sebegini perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai individu berkenaan supaya ujian saringan boleh dibuat.