Pencemaran berulang, warga Selangor mahu tindakan tegas

  • 4 years ago
Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tapoi yang dihenti tugas susulan pencemaran bau telah menjejaskan lebih 300 ribu akaun, sejak semalam

KiniTV membuat tinjauan di pili awam untuk kawasan Kuala Langat yang dibuka bermula jam 10 pagi hari ini, antaranya di Jalan Bangi Lama, Bangi.

Rata-rata orang awam yang ditemui kesal dengan masalah gangguan air yang berulang dan mahu kerajaan negeri mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab atas pencemaran tersebut.