Armada tetap tegas mahu sekolah vernakular dihapuskan

  • 4 years ago
Ketua Pemuda Bersatu yang baru dilantik, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mengulangi bahawa sayap partinya mahu sekolah vernakular dihentikan secara berperingkat.

Dalam satu kenyataan, timbalan menteri belia dan sukan itu berkata walaupun Akta Pendidikan 1996 tidak membenarkan menteri pendidikan untuk menghapuskan sekolah-sekolah tersebut, kerajaan perlu memberi perhatian kepada "persepsi negatif" bahawa sekolah vernakular kononnya gagal melahirkan pelajar yang patriotik.

Wan Fayhsal merujuk kepada jawapan Menteri Perpaduan, Halimah Mohamed Sadique di Parlimen semalam jika beliau bersetuju bahawa sekolah vernakular merupakan halangan kepada perpaduan antara kaum.