PKP_ Maksimum 3 orang, radius 10km untuk perkhidmatan kesihatan

  • 3 years ago
Hanya 3 orang dibenarkan berada dalam satu kereta termasuk pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, mereka hanya dibenarkan mendapatkan perkhidmatan kesihatan dalam radius 10km kecuali tiada fasiliti di kawasan tersebut.

Sementara itu, pergerakan bantuan kemanusian ke kawasan banjir adalah dibenarkan tetapi memerlukan kebenaran polis.