'Total lockdown' belum perlu dilaksanakan buat masa ini - menteri
  • 3 years ago
“Total lockdown” atau sekat keluar masuk secara menyeluruh tidak perlu dilaksanakan pada masa ini, namun masih boleh dipertimbangkan bagi menangani penularan pandemik Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata Malaysia kini dalam peringkat pemulihan dan melaksanakan langkah dasar keluar menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara berhati-hati dengan pembukaan berperingkat hampir kesemua sektor ekonomi dan sosial berpandukan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau menjawab soalan Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) berhubung mengapakah kerajaan sehingga kini tidak melaksanakan sekat keluar masuk memandangkan berlakunya peningkatan kes Covid-19.