15 ahli parlimen UMNO sokong Anwar? Itu hanya spekulasi buat masa ini - Najib
  • 4 years ago
Spekulasi mengenai berlaku satu lagi pertukaran kerajaan persekutuan tidak mungkin memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya negeri Sabah Sabtu ini, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Portal dalam talian The Vibes kemudian memetik sumber-sumber Umno yang mendedahkan mungkin terdapat 15 ahli parlimen parti itu yang menyokong Anwar.

Selepas itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz pada hari ini pula dipetik The Malaysian Insight berkata, "sekurang-kurangnya 10 anggota Parlimen Umno" tidak senang dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan pentadbiran PN.

Ditanya mengenai hal itu, Najib berkata beliau tidak tahu mengenai senarai ahli parlimen berkenaan, sambil menegaskan dirinya tetap setia kepada Umno.
Recommended