Doktor muda tidak perlu takut buat aduan pada Menteri - Dzulkefly
  • 6 years ago
Kementerian Kesihatan akan mengadakan dialog tertutup dengan doktor muda dan doktor pelatih dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah buli di tempat kerja, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Justeru Dzulkefli menasihatkan kesemua doktor muda yang akan hadir pada perjumpaan tertutup itu nanti tidak perlu takut untuk meluahkan segala-galanya.

Beliau berkata, ia adalah susulan kajian yang dilakukan sebuah forum doktor dalam talian, ‘Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)’ yang mendapati hampir 80 peratus doktor muda pernah dibuli di tempat kerja.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Health Promotion in Learning Institutions dan majlis pelancaran program tunas doktor muda di Gombak, pagi tadi.