Dr Dzulkefly ucap terima kasih atas sokongan diberi rakyat Malaysia
  • 4 years ago
Ahli parlimen Kuala Selangor dan bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan orang ramai sepanjang menjadi menteri.

"Terima kasih atas sokongan anda," katanya kepada pemberita.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab sebarang soalan mengenai pertemuan dengan Yang Di-Pertuan Agong hari ini.

Dr Dzul mendapat pujian orang ramai kerana menjalankan tugas dengan baik ketika negara menguruskan 22 kes jangkitan Covid-19.