Elyana umum hidap kanser selepas tersingkir GV4
  • 6 years ago
Peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Elyana sah tersingkir malam tadi pada minggu kelima program itu bersiaran secara langsung.

Namun disamping berita menyedihkan mengenai penyingkirannya, ada berita lebih perit yang dikongsikan Elyana bersama peminat.

Penyanyi Tidak Tercapai Akalmu itu mengakui menghidap penyakit kanser Limfoma atau kanser darah tahap 4 yang hingga kini tidak dijelaskan puncanya.

"Sudah tujuh tahun saya menghidap kanser limfoma. Ia menyebabkan saya sentiasa berasa takut dan susah nak tidur malam sebab takut tak bangun esok pagi.

"Kanser ini telah merebak ke jantung, paru paru dan semua bahagian badan yang lain itu sebab bimbang sewaktu tidur jantung boleh tiba-tiba terhenti," kata Elyana selepas menamatkan persaingan pada malam terakhirnya di GV4.