Tidaklah sampai ada nak berperang - Timb Menteri
  • 5 years ago
Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya menafikan dakwaan Singapura sanggup berperang hanya kerana isu air yang masih belum selesai.

Marzuki menjelaskan beliau tidak pernah dimaklumkan soal dakwaan yang tersebar itu sebelum ini.

Menurut Marzuki, kementerian selalunya akan mengambil jalan secara berdiplomasi jika terdapat sebarang masalah.

Sebelumnya, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim meminta penjelasan kerajaan tentang persepsi yang tersebar sama ada Singapura sanggup berperang mahu isu air terjamin.