Malaysia terima sumbangan sejuta dos vaksin Pfizer dari AS
  • 3 years ago
Malaysia hari ini menerima sejuta dos vaksin Covid-19, keluaran Pfizer-BioNtech, sumbangan Amerika Syarikat.



Pesawat kargo TH 384, milik Raya Airways yang membawa bekalan vaksin itu / selamat mendarat kira-kira 8.10 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.


Ketibaan itu disambut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, Menteri Luar Hishammuddin Hussein dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia ,Brian McFeeters.


Sumber visual: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)