30 peniaga gerai terbakar akan terima sumbangan wang dari Kementerian Wilayah Persekutuan
  • 5 years ago
Seramai 30 peniaga gerai Jalan Masjid India yang terlibat kebakaran awal pagi Selasa, akan menerima sumbangan wang antara RM3,000 hingga RM5,000 daripada Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menterinya Khalid Samad mengumumkan perkara itu selepas mengadakan lawatan ke lokasi itu pada Selasa.

Katanya, senarai nama terlibat akan diperolehi dalam masa terdekat dan jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah kerugian yang ditanggung.

Awal pagi tadi, kira-kira 30 peniaga berputih mata apabila gerai mereka yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kasut dan beg musnah dalam kebakaran.

Mereka dijangkakan akan dipindahkan sementara waktu di Lorong Tuanku Abdul Rahman 3 atau 5.