110 vs 7, 72 tidak hadir_ Belanjawan Kementerian Wilayah Persekutuan lulus
  • 3 years ago
Rang Undang-undang Perbekalan 2021 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) diluluskan di peringkat jawatankuasa melalui undi belah bahagi di Dewan Rakyat, hari ini

Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengumumkan 110 Ahli Parlimen menyokong berbanding 7 tidak bersetuju, manakala 72 Ahli Parlimen tidak hadir dan tidak mengundi 31.

Terdahulu berlaku kekecohan di mana ahli-ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dari dewan kerana menunjukkan protes mereka.

Ia susulan tiga ahli parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).