111 vs 108: Belanjawan 2021 lulus dengan majoriti tiga undi
  • 3 years ago
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga.

Ia dijalankan melalui undi belah bahagi dengan 111 ahli parlimen menyokong, dan 108 MP menentang, dengan seorang lagi tidak hadir.

Undi belah bahagi pada peringkat jawatankuasa sebelum itu juga berakhir dengan 111-108, dengan satu ahli parlimen tidak hadir.

Ahli Parlimen yang tidak hadir itu dipercayai adalah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).
Recommended