MP Sik dakwa PM ada majoriti, pembangkang tuntut undi

  • 3 years ago
Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) menjelaskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat berikutan Belanjawan 2021 diluluskan pada Disember lalu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Kenyataan Ahmad Tarmizi itu bagaimanapun disangkal pembangkang yang mahu sokongan majoriti terhadap ahli Parilmen Pagoh itu dibuktikan melalui pengundian.