107 vs 100: Belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia lulus
  • 3 years ago
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia selepas perbahasan peringkat jawatankuasa hari ini.

Seramai 107 anggota parlimen mengundi untuk meluluskan perbelanjaan operasi kementerian itu berjumlah RM 1,197,464,900.

Seramai 100 anggota parlimen lain menentang, manakala 13 lagi tidak hadir.