Belanjawan Kementerian Sumber Manusia lulus melalui suara majoriti
  • 3 years ago
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia (KSM) diluluskan secara undian suara majoriti.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, sekali gus menyaksikan KSM menjadi kementerian ke-21 berjaya melepasi 'ujian' RUU Perbekalan 2021.

Peruntukan sebanyak RM1.28 bilion dalam Belanjawan 2021 yang terdiri daripada RM823 juta untuk perbelanjaan mengurus dan RM464 juta bagi perbelanjaan pembangunan itu, diluluskan dengan mudah tanpa melalui undian belah bahagi, selepas 10 Ahli Parlimen mengambil bahagian membahas, sebelum penggulungan oleh Menterinya, M Saravanan.