Annuar: Yayasan Wilayah Persekutuan tetap dipengerusi menteri
  • 3 years ago
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata dia akan mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dalam siasatan berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Namun, bercanggah dengan cadangan PAC, Annuar berkata Yayasan Wilayah Persekutuan akan tetap dipengerusikan oleh menteri.

Laporan PAC sebelum ini menyatakan bahawa terdapat konflik kepentingan menteri dan penglibatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam yayasan tersebut.