Jemaah solat Jumaat di zon hijau, kuning Wilayah Persekutuan diperluas

  • 4 years ago
Jumlah jemaah solat Jumaat diperluaskan dan dibenarkan sehingga satu pertiga kapasiti dewan masjid atau surau Jumaat bagi zon kuning dan hijau di Wilayah Persekutuan bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata bagi solat fardhu lima waktu di zon berkenaan, kapasiti dibenarkan adalah tidak melebihi 30 orang jemaah dan tertakluk kepada keluasan dewan dengan penjarakan satu meter antara jemaah.