Patuhi arahan batal solat Jumaat, tunai solat Zohor di rumah
  • 4 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad hari ini mengesahkan tiada solat Jumaat akan diadakan tetapi umat Islam diminta untuk menunaikan solat Zohor di rumah masing-masing.

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan bagi memutuskan rantai jangkitan Covid-19.