Menteri- Arahan kerja dari rumah untuk kurangkan pergerakan
  • 4 years ago
Arahan untuk pekerja awam dan swasta di bahagian pengurusan dan penyeliaan untuk bekerja dari rumah adalah bertujuan untuk mengurangkan pergerakan, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas kekeliruan yang masih timbul mengenai arahan itu selepas ada yang mempersoalkan keperluan untuk bekerja di rumah sedangkan orang awam masih dibenarkan untuk keluar ke kedai dan pasar.