Gelombang Omicron: Majikan digalakkan terus dasar kerja dari rumah
  • 2 years ago
Majikan digalakkan untuk meneruskan dasar bekerja dari rumah atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, walaupun kadar vaksinasi agak tinggi namun kerajaan mahu mengurangkan pergerakan rakyat dalam beberapa minggu akan datang bagi mengawal penularan varian Omicron.