'Kalau nak serang lawan, masuk terus tempat dia' - Penganjur

  • 5 years ago
" Dalam perang orang kata kalau nak serang lawan kita masuk terus tempat dia. Jadi kami memilih tempat Restoren Amjal terus," kata Penganjur program sembang santai bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjelaskan mengapa beliau memilih lokasi Restoran Amjal sebagai tempat berlangsungnya acara itu.

Sebelum ini program sembang santai Najib dijadualkan berlangsung di Masjid Ar-Rahman berhadapan Universiti Malaya namun terpaksa dibatalkan selepas mendapat bantahan daripada pihak pengurusan Masjid.

Untuk rekod Restoran Amjal adalah kubu kerajaan dimana pemiliknya adalah penyokong kuat dari parti AMANAH.